Di sebalik Cozy Baby

posted in: Uncategorized | 0

 

Salam perkenalan 🙂

 

Terima kasih kerana melawat blog Cozy Baby dan menyokong bisnes kecil saya.

 

Saya memulakan bisnes ini atas minat mendalam dalam bidang jahitan. Kebanyakan barangan dijahit sendiri oleh saya.

Setakat ini, Cozy Baby hanya beroperasi di rumah kecil saya di Kuala Lumpur, dengan bantuan seorang pembantu tukang jahitan separuh masa.

 

Selain bisnes kecil ini, saya turut bekerja sepenuh masa sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Selangor. Masa menjahit agak terhad, mujur ada bantuan daripada tukang jahit separuh masa, stok di Cozy Baby diharap dapat menampung permintaan pelanggan.

 

Sedikit tentang diri saya:

Nama: Hamizah Hanapi

FB: www.facebook.com/hamizah.hanapi

FB Page: www.facebook.com/cozybabywithlove

Umur: 28 tahun

Pekerjaan: Guru.

Latar belakang pendidikan: Bsc Mathematics, Uni of Surrey, UK.

Back carry with Andrea SSC
Back carry with Andrea SSC

 

Harapan saya semoga bisnes kecil saya ini kekal menjadi pilihan ibu-ibu semua untuk membeli belah keperluan ibu dan anak 🙂